Penulis Kami
Penulis Kami
Kenali penulis-penulis Singapura

Nama
Azni Ismail (Jaka Budi)
Umur
Tarikh Lahir
Pencapaian

BIODATA
JakaBudi, anak kelahiran Singapura, adalah anak kelapan dari sebelas adik-beradik. Minat menulis timbul kerana kegemarannya membaca esei, sajak, cerpen dan novel. Walaupun tidak berijazah, beliau masih mampu berkarya dengan cukup baik dan penuh karisma. Beliau gemar dengan susunan kata-kata yang indah lagi penuh bermakna. Dengan menulis puisi dan cerpen, beliau dapat meluahkan apa yang dirasa daripada pengalaman dan kehidupan. Mula berkarya pada tahun 1990, tapi lebih cenderung dan terus menghasilkan lebih banyak puisi pada tahun-tahun berikutnya. Buku kumpulan puisi pertamanya yang sudah dilancarkan pada 2nd Aug 2008 berjudul ʺDi Perhentian Ini...Hijrahkanlah Diriʺ.
Banyak juga puisi-puisi beliau yang tersiar di dada akhbar Berita Harian/Minggu. Hampir setiap minggu pada tahun 2003 sehingga kini, suara beliau berkumandang di udara Radio Warna 94.2 FM dengan mendeklamasikan puisi-puisinya dalam rancangan yang dikelolakan oleh juruhebah bertugas. Hingga kini, beliau masih aktif menulis dan telah menghasilkan lebih dari 200 kuntum puisi, mutiara kata, madah-madah dan beberapa buah cerpen.
Pustaka Nasional © 2012
All Rights Reserved