Penulis Kami
BIODATA
Beliau mula menulis pada tahun 1948 semasa masih menuntut tahun akhir di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Suradi banyak menyumbang kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Dari 1959 hingga 1973, Suradi berkhidmat di Maktab Perguruan Singapura sebagai seorang pensyarah. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Institut Pendidikan Singapura.
Dalam Asas ’50, beliau pernah menjadi Ketua 1, bendahari, editor, jawatankuasa pengelola dan setiausaha bengkel penulisan cerpen serta setiausaha sayembara sastera.
Beliau juga bergiat cergas dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dari 1952 hingga 1969 dengan memegang pelbagai jawatan penting, antaranya setiausaha agung, editor, setiausaha kesenian dan anggota jawatankuasa kerja.
Suradi juga pernah menjadi Penghulu Balai dalam Perkampungan Sastera yang mencetuskan gagasan Hadiah Sastera, yang memberi pengiktirafan kepada karya penulis Singapura.
Sebagai seorang penulis, Suradi menghasilkan puisi, cerpen, esei, novel, buku sekolah dan buku peribahasa.

Nama
Suradi Parjo
Umur
70
Tarikh Lahir
16 Jun 1926
Tarikh Meninggal
9 Ogos 1996
Pencapaian
2001
Anumerta Tun Seri Lanang
Hobi

1932-1940
Sekolah Melayu Singapura
1941 - 1945
Sekolah Perguruan Jepun (Shihan Gakko)
Sekolah Teknikal Jepun (Kogyo Gakko)
1950 -
Maktab Perguruan Sultan Idris
Pustaka Nasional © 2012
All Rights Reserved