Text
ISBN : 978-9971-77-542-1
Cetakan Pertama 2008
m/s : 191
saiz : 140 mm x 210 mm
Penulis : Mohd Jakfar Bin Haji Embek
Sinopsis
Penerbitan buku ini diharap akan membantu menambah dan mempelbagai khazanah buku-buku bagi masyarakat Melayu/Islam di sini yang menyentuh pelbagai isu semasa yang sebahagiannya masih memerlukan huraian dan sebahagian yang lain mendorong renungan bersama.
Bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura yang hidup dalam sekitaran sekular, cabaran-cabaran ini jauh lebih rumit lagi. Dalam jangka panjang, kesediaan mereka untuk bersikap fleksibel dan menyesuaikan diri dengan perubahan sekitaran tanpa mengorbankan prinsip keagamaan bukan saja dapat menghapuskaan sebarang salah faham terhadap Islam malah meningkatkan martabat negara itu. Semoga masyarakat pembaca akan mendapati tulisan penulis ini berguna untuk memperkaya pengetahuan keagamaan mereka.