Sinopsis Buku Fiqh

next  
 
 
 

Text

Cetakan Pertama 2008

ISBN : 978-9971-77-540-7

m/s : 566 (Kulit Tebal)

saiz : 6 x 9 inches

Siri Terbitan PERGAS

Penulis : Dr Yusuf Al-Qardhawi & Sulaiman Tubuliyak

Terjemahan : Muhammad Haniff Hassan


Istilah Fiqh al-Aqalliyat al Muslimah atau hukum fiqh bagi minoriti muslim baru timbul sekitar tahun 1990 oleh dua Ulama terkenal Sheikh Dr Taha Jabir Al-Alwani dari Virginia dan Sheikh Dr Yusuff Al-Qardhawi dari Qatar. Doktrin tersebut menjelaskan bahawa masyarakat muslim minoriti terutama mereka yang berada di negara-negara barat memerlukan disiplin hukum yang khusus berlainan dari masyarakat muslim yang wujud di negara-negara majoriti muslim.


Hukum Fiqh Minoriti Muslim bukan sahaja membicarakan berkaitan keperluan-keperluan baru bagi jutaan penduduk muslim bahkan berusaha menyelesaikan konflik berkaitan isu perbezaan budaya dan nilai asing dari penduduk asal negara tuan rumah. Bahkan setiap negara muslim minoriti punyai dinamika hukumnya yang tersendiri tidak sama antara satu dengan yang lain. Berlainan susunan demografi penduduk, sistem politik, budaya, pemerintahan dan realiti sekitaran yang berbeza sudah tentu akan mengakibatkan kesan perbezaan hukum bagi setiap individu masyarakat minoriti muslim.

Dengar petikan bacaan oleh penulishttp://web.mac.com/radiopn/Podcast/Petikan_Bacaan/Entries/2008/8/23_Fiqh_Minority_Muslim.html

ONLINE BOOKSTORE