Sinopsis Buku Sastera & Bahasa

next  
 
 
 

Penulis : Liaw Yock Fang


Sinopsis

Buku ini memperkenalkan, mendokumentasikan dan membahas berbagai naskah, sumber, pertumbuhan, demografi, dan berbagai pemikiran mengenai kesusasteraan Melayu klasik sehingga kita dapat mengenali kehidupan, problema dan dinamika masyarakat Melayu yang harus diakui hingga kini bukan hanya relevan tetapi makin penting untuk difahami dan dihargai.


Penjelasan menarik tentang kesusateraan rakyat, epos India dan wayang, cerita panji dari Jawa, sastera zaman peralihan Hindu-Islam, kesusasteraan zaman Islam, cerita berbingkai, sastera kitab, sastera sejarah, undang-undang Melayu lama, serta pantun dan syair dalam buku ini mendorong kita untuk memahami kekhasan tata hidup dan cara pandang masyarakat yang melahirkannya sambil menimba kebijaksanaan dan berkaca pada keuniversalan pengalaman di dalamnya.


Buku ini membawa kita ke masa lalu, dan dengan menikmati panorama latar manusianya yang tersebar luas serta mengharungi kedalaman pesan yang bagaimanapun menantang kematangan dan keragamaan kemanusiaan kita, kita dimampukan untuk mengelola dan menghayati kehidupan masa kini.

ISBN 978-983-906817-7

Terbitan bersama : Pustaka Islamiyah Sdn Bhd/Yayasan Obor Indonesia

Cetakan Pertama 2011

Saiz : 140 mm x 210 mm