Sinopsis Novel

next  
 
 
 

ISBN : 978-9971-77-559-9

Cetakan Pertama 2009

m/s : 812

saiz : 105 x 186 mm


Penulis : Manaf Hamzah


SENARAI PENDEK HADIAH SASTERA SINGAPURA 2010 (Bahasa Melayu)

Sinopsis


Dilema Seorang Gadis....

Perkahwinannya dengan pemuda pilihan sendiri terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir oleh tunangnya itu. Bagaimanpun Amelia Harun dapat meneruskan perkahwinannya dengan pemuda lain.  Seorang pemuda yang begitu merahsiakan latarbelakangnya yang sebenar ...


Dilema seorang wanita ...

Meskipun sudah menjadi isteri kepada Karim Iskandar yang misteri, Amelia mahu juga dimiliki oleh pemuda lain. Seorang pemuda yang gagah dan berwibawa. Namun tidak sebangsa dan seagama. Bahkan bekas tunangnya mahu kembali kepadanya. Lantaran membuat Amelia dilanda perasaan berbelah-bahagi ....


Dilema dalam rahsia ...

Kehidupan Amelia menjadi tidak menentu, dik dia berhadapan dengan rahsia dan misteri orang-orang sekelilingnya yang dikenali dan disayangi. Apakah sebenar watak arwah ayahnya? Apa yang terkandung dalam diari arwah ayahnya yang membuat keluarganya dalam bahaya? Apakah rahsia yang disimpan oleh suaminya? Dan apabila semua jawapan terhurai, begitu menggegarkan jiwaraga Amelia...