ISBN : 978-9971-77-526-1
Cetakan Pertama 2010
m/s : 554
saiz : 105 x 186 mm
Sinopsis
Sungguhpun Lukman Hakim sering diminta ibunya cepat beristeri, hatinya belum tergerak. Namun penemuan sebuah diari di sebuah rumah kosong membawa perubahan. Lukman mula menyelami pahit-manis dunia Nurul Ain, penulis diari itu. Kecerian dalam dunia gadis itu tergugat apabila rahsia yang disimpan ibu dan ayahnya meledak secara tiba-tiba dan menggoncang kesejahteraan keluarga. Hinggakan catatan dalam diari itu terhenti mendadak. Hanya tinggal soalan-soalan yang menghantui benak Lukman: Siapakah Alan Ong dalam hidup Nurul Ain? Mengapakah keluarga Nurul Ain berpindah tergesa-gesa? Lukman berusaha menjejaki Nurul Ain.
Nurul Ain sekeluarga membina kehidupan baharu di negeri orang. Ibu ayah berusaha mengeratkan kembali hubungan keluarga walaupun anak mereka menyisihkan diri. Hati Nurul Ain pula masih terkesan akibat perbuatan Alan Ong. Memang sudah ditakdirkan: Lukman menjumpai Nurul Ain. Cuma apakah Nurul Ain akan menerima salam perkenalan itu?
Selain daripada kisah Nurul dan Lukman, ada beberapa jalur cerita sampingan dan mesej yang lain. Penulis menonjolkan natijah langkah ibu bapa berahsia, walaupun perbuatan itu menjejas masa hadapan anak-anak. Penulis juga menyentuh golongan persara melalui kisah bapa Lukman, yang gigih mencari peluang memulakan kerjaya kedua setelah bersara. Melalui imbas balik dan naratif yang nostalgik, penulis juga menyelitkan adat hidup berjiran dan berkeluarga, serta perubahaan dalam pemikiran dan kehidupan dalam masyarakat. Kesemuanya diceritakan dalam gaya yang ringkas, namun padat dengan peribahasa dan kiasan.
Penerima Geran dari :
Pustaka Nasional © 2012
All Rights Reserved