Sinopsis
Pertemuan pertama antara Rozman dan Tiara bukanlah satu peristiwa yang mengalakkan. Rozman menangkap Tiara menghendapnya, sedangkan Tiara tidak dapat memberi apa-apa penerangan. Namun kejadian-kejadian aneh yang menimpa mereka memaksa mereka bekerjasama. Bahkan mereka tidak sedar bahawa masa silam masing-masing saling berkait. Mereka mungkin terjerat dalam tipu daya orang lain, namun mampukah mereka perdayakan naluri mereka sendiri?
Rozman menjangka yang dia seorang sebatang kara. Orang-orang yang terdekat kepadanya hanyalah keluarga sahabat baiknya. Dia menganggap dirinya seorang usahawan yang berdikari, dan tidak mengharapkan bantuan atau penglibatan sesiapa pun dalam hidupnya. Justeru kejadian orang mengekorinya sudah tentu menjadi tanda tanya, dan apabila keselamatan orang lain tergugat, dia terpaksa bertindak di luar jangkaan.
Tiara seorang wanita yang murah hati dan tenang menghadapi cabaran, walaupun sejarah hidupnya ada kesedihan yang mampu meluluhkan harga dirinya. Dia tidak menyangka bahawa bantuan yang diberinya kepada seorang lelaki tua dan seorang gadis telah memulakan rentetan peristiwa yang mencabar kewibawaannya dan memaksanya membuat pilihan amat sukar.
Sekali lagi Manaf Hamzah membawakan kepada peminatnya sebuah novel yang padat dengan aksi, muslihat, drama dan cinta. Penulis menggambarkan bagaimana sesuatu langkah yang mungkin bermula dengan tujuan murni, tetapi jika tidak disertakan dengan fikiran mendalam atau tindakan yang baik, boleh membawa kepada kemudaratan.
Penulis menyulam cerita dua insan berhati tegas yang akhirnya berusaha bekerjsama untuk mencari damai menjadi lebih baik, dengan adegan saspen dan drama, serta peristiwa ceria dan penuh kelembutan. Hasilnya adalah sebuah novel yang bergerak pantas dan mampu mencuit perasaan pembaca menyelami badai yang melanda watak-watak utamanya.
ISBN : 978-983-9068-15-3
Terbitan: Pustaka Islamiyah Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2011
m/s : 728
saiz : 105 x 186 mm
eISBN : 978-983-9068-15-3
Pustaka Nasional © 2012
All Rights Reserved