Sinopsis Novel

next  
 
 
 
Dengar petikan bacaan oleh penulishttp://web.mac.com/radiopn/Podcast/Petikan_Bacaan/Entries/2005/11/26_Warna_Sebuah_Penghijrahan.html

Penulis : Peter Agustine Goh


ISBN : 9971-77-553-0

Cetakan Pertama 2005

m/s : 334

saiz : 105 x 186 mm


Disenaraipendekkan bagi Hadiah Sastera Singapura (Melayu) 2006

Disenaraipendekkan bagi Hadiah Sastera Novel 2007

Sinopsis


Anak-anak muda sering berdepan dengan dugaan dan godaan, dan ada yang tergelincir ke dalam lembah gelap. Begitulah pengalaman Rezal, Rohana, Tipah dan Jufri.


Rohana dan Rezal cekal meninggalkan kehidupan yang penuh dengan keliaran, penipuan dan keganasan. Penyakit jantung yang dihidapi Rezal tidak menghalangnya berusaha ke menara gading, dan Rohana membuka lembaran baru mencari rezeki halal. Perjalanan Tipah lain. Dia ingin membina hidup baru, tetapi Jufri tidak ingin melepaskannya. Dapatkah Rohana dan Rezal membantunya meleraikan ikatan masa lampau? Mampukah Tipah bertahan di jalan yang lurus?


Peter Augustine Goh membawa pembaca menghayati perjalanan insan yang memilih untuk berhijrah dari kesesatan dan kembali ke pangkal jalan. Penghijrahan itu tidak mudah, tetapi dugaan boleh diatasi dengan semangat gigih, keimanan dan kesabaran.