Sinopsis Novel & Cerpen
Text
Akan Datang
2009
ISBN : 978-9971-77-518-6
Cetakan Pertama 2009
m/s :
saiz : 105 x 186 mm
Sinopsis
Kini 4 sepupu berkembara ke Negeri Timura di mana Sultannya yang pertama, Sultan Kandaria dikurung di tempat rahsia oleh Petiranawan. Mereka menuju ke sebuah taman likuan yang penuh dengan lorong-lorong kecil dan berliku-liku. Sebuah rama-rama hijau membantu mereka ke akhir jalan tetapi mereka terpisah. Firdaus berseorangan mendapati dirinya di sebuah galeri yang berubah-ubah dan ia nampak di sebuah cermin Pakcik Mat(pembimbing mereka) mengoyakkan beberapa mukasurat dari buku Ajaib mereka. Kenapa? Siapakah sebenarnya Pakcik Mat ini?
Malah Danial. Dillah & Shafiqah dapati mereka dikepung dan ditangkap oleh hulubalang Petiranawan. Mereka dililit dengan seutas tali ajaib dileher membuat mereka kehilangan keupayaan untuk menjelma dan mencekik leher mereka sekiranya mereka cuba melarikan diri.
Dapatkah mereka melarikan diri dari Petiranawan dan menyelamatkan Sultan Kandaria. Apakah rahsia jati lestari yang dimaklumkan oleh pari-pari di taman liku-liku tersebut?