Sinopsis Novel & Cerpen
Hadiah Saguhati Sayembara Novel Watan 1
Sinopsis
Atan dan Aminah menjadi anak yatim piatu apabila ibu bapa mereka mati terhempap pokok di musim ribut. Atan terpaksa menumpangkan adiknya Aminah di rumah Tauke Lim( majikan ayahnya)sementara dia mencari pakciknya di Singapura. Walaupun gagal, nasibnya baik dan dibantu oleh Pak Lamat yang memberinya pekerjaan di Pasar Geylang. Dia juga dapat menyambung pelajarannya dengan bersekolah malam bersama rakan sekerjanya. Setelah lima belas tahun, dia kembali ke kampungnya di Tanjung Batu. Malangnya Aminah telah dikahwinkan dengan anak Tauke Lim apabila diperkosa oleh anak Tauke Lim, Ah Seng. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan ada khabar Aminah dijadikan suaminya sebagai perempuan penghibur. Atan bergegas ke sana untuk menyelamat Aminah.
ISBN : 9971-77-432-1
Cetakan Pertama 2002
m/s : 312
saiz : 140 mm x 210 mm