Sinopsis Novel & Cerpen
Sinopsis
Novel ‘Tiga Lelaki’ ini merupakan novel inter-tek. Daripada pecahan-pecahan tiga buah cerpennya, iaitu ‘Rumah’ (R); ‘Semua Orang Ada Hak’ (SOAH) dan ‘Di Tengah Rakyat’ (DTR), Suratman Markasan (SM)mengandun pecahan-pecahan tersebut dengan licin, menjadi novel ‘Tiga Lelaki’. Plot ceritanya, bermula dengan watak utama Dr Atmo lelaki pertama dari cerpen R, bertemu SM menuntut pembetulan, supaya wataknya yang jelek di dalam cerpen tersebut diperbaiki. Lalu pecahan cerpen R yang menggambarkan Dr Atmo, pensyarah ekonomi dan juga kader politik yang bercita-cita tinggi tetapi buruk wataknya itu terpapar. Kemudian Asan, lelaki kedua watak utama dalam cerpen SOAH menelpon SM, menyatakan ada beberapa orang penulis di Jakarta mengirim salam kepadanya. Lalu SM, memaparkan pecahan cerpen SOAH, iaitu watak Asan, pegawai eksekutif yang teraniaya. Pegawai-pegawai junior daripadanya naik pangkat, tetapi dia tetap di bawah, kerana di kantornya ada kebiasaan nepotism. Plot bergerak terus dengan SM, didatangani watak Bekas Yang Berhormat (BYB), iaitu lelaki ketiga, di dalam cerpen DTR. Yang bergelar BYB menuntut juga kepada SM, supaya wataknya diperbaiki. Dan plot bergerak, dengan pemaparan watak jelek BYB, yang berwatak bahawa apa yang dilakukannya semuanya betul, tanpa memikirkan pendapat orang lain.
Plot novel bergerak, dengan tuntutan dari Dr Atmo dan BYB terhadap SM, sebagai penulis novel 3L yang dianggapnya tidak adil kepada watak-watak mereka.
ISBN : 9971-77-523-9
Cetakan Pertama 2005
m/s : 219
saiz : 140 mm x 210 mm