Sinopsis Novel & Cerpen
Sinopsis
Novel ini mengisahkan tentang seorang pesara tua dan duda bernama Pak Karim yang kesunyian walaupun dia tinggal bersama anak sulungnya. Tapi tinggal bersama anaknya tidak tenteram baginya kerana ada kesalahan yang dikenakan.
Setelah Pak Karim dipinggirkan anak sendiri, dia dianiaya orang yang dianggap kawan. Rupanya kawan yang membenarkan Pak Karim berdiam bersama berhajat dengan Pak Karim untuk membawa dadah dari Bangkok ke Singapura. Malah anak sulungnya pula memerlukan perawatan bagi penyakitnya. Pak Karim bersedia membantu anaknya dari kederitaan. Malangnya dia ditangkap di Singapura kerana membawa masuk dadah. Taufik cucunya terus berusaha menyelamatkannya dari hukuman dan memulihkan semula pertalian keluarga.
Sebuah kisah yang meneroka peranan setiap anggota keluarga untuk mengujudkan keluarga yang aman.
ISBN : 9971-77-460-7
Cetakan Pertama 2002
m/s : 164
saiz : 140 mm x 210 mm